Tiket Bas Untuk Balik Kampung Mula Dijual, Ada Yang Sudah Habis


KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Orang ramai mula membanjiri hentian bas di ibu kota untuk membeli tiket pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Aidilfitri pertengahan bulan depan sungguhpun ibadah puasa baru bermula hari ini.

Sungguhpun sambutan Aidilfitri masih jauh, namun beberapa syarikat bas telahpun menjual tiket untuk balik kampung sejak bulan lepas dan tiket bagi destinasi tertentu sudahpun habis dijual.

Tinjauan Bernama di hentian bas Puduraya di sini hari ini mendapati orang ramai berpusu-pusu untuk membeli tiket.

Pegawai Khidmat Pelanggan syarikat Transnasional, Mohd Nazri Mohd Ghazali berkata jualan tiket untuk ke semua destinasi telah dibuka.

“Bagaimanapun tiket untuk perjalanan berjadual ke Pantai Timur telahpun habis dijual sejak bulan lepas,” katanya.

Tinjauan di Hentian Putra yang menempatkan bas ke pantai timur pula mendapati kebanyakan kaunter tiket mempamerkan notis pemberitahuan mengenai kehabisan tiket untuk musim perayaan.

Seorang pelajar kolej swasta ketika ditemui menyatakan rasa kecewa apabila hampir kesemua kaunter di hentian itu mempamerkan notis tiket sudah habis.

“Saya nak beli tiket ke Kuala Terengganu pada 12 Okt ini tetapi tiket telah habis. Jadi saya bercadang untuk ke Puduraya selepas ini,” kata Ilyana Ahmad Rooszy, 20.

Rahimah Mamat, 20, pekerja syarikat swasta, turut menyatakan rasa kecewa apabila mendapati tiket yang ingin dibelinya untuk pulang ke kampung pada musim perayaan akan datang telah habis dijual.

“Bagaimanapun saya berharap pengusaha bas dapat menyediakan bas tambahan untuk musim perayaan ini,” katanya.

Keadaan di Hentian Duta bagaimanapun agak lengang berikutan masih ada syarikat bas yang belum memulakan jualan tiket untuk musim perayaan.

“Konsortium masih banyak lagi tiket yang belum dijual kerana setiap tiket yang dijual pasti sudah ada bas,” kata Zulfadli Mat Rim, kerani kaunter jualan tiket.

Sementara itu, tiket kereta api untuk semua destinasi bagi tempoh 5 hingga 13 Okt juga telah habis dijual.

Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sarbini Tijan berkata sejumlah 21,428 tiket untuk tren berjadual telah habis dijual dan sebarang perkhidmatan tambahan akan diumumkan kemudian.

Beliau menasihati orang ramai supaya membeli tiket dua hala agar tidak berlaku keadaan kelam kabut di saat akhir.

This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s