Pendedahan awal al-Quran mantapkan disiplin pelajar


TEMERLOH: Pendedahan awal pembacaan al-Quran di kalangan pelajar boleh membantu memantapkan disiplin dan semangat perpaduan sekali gus mengelakkan mereka terbabit dengan gejala sosial.

 

Penyelia Pendidikan Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh, Mohd Yasin Mahmud berkata, pentadbir sekolah dan ibu bapa seharusnya berganding bahu memastikan pelajar di peringkat sekolah rendah mempelajari al-Quran.

Katanya, pendedahan mengenai pembacaan al-Quran, jawi, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah menerusi program J-QAF ternyata membuahkan kejayaan.

“Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak mereka diberikan pendidikan al-Quran secara berterusan di rumah supaya dapat memantapkan pengajaran di bilik darjah.

“Untuk mencapai hasrat itu ibu bapa haruslah sentiasa mengadakan perbincangan dengan guru untuk mencari kaedah sesuai dalam pendidikan sahsiah pelajar.

“Selain itu, mereka juga boleh menambah pengetahuan dengan membaca buku rujukan atau bertukar maklumat di kalangan masyarakat di kawasan tempat tinggal mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran, Pertandingan Kuiz dan Boria Pelajar J-QAF Zon Lanchang dan Mentakab di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan pelajar J-QAF bagi memastikan mereka menguasai pembelajaran dengan baik seperti dikehendaki Kementerian Pelajaran.

Katanya, sudah menjadi hasrat kerajaan memastikan generasi akan datang memiliki keperibadian sempurna dan tidak dipengaruhi dengan gejala sosial.

Beliau berkata, generasi yang cemerlang mampu menjadi pemimpin masyarakat pada masa akan datang supaya negara mencapai perkembangan di bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Mengenai sikap pendidik, beliau memberitahu, guru seharusnya sabar menghadapi kerenah pelajar terutama murid sekolah rendah yang masih memerlukan bimbingan secara berterusan.

Katanya, guru adalah menjadi tunjang utama mencorakkan tingkah laku dan keperibadian pelajar sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

“Oleh itu, guru perlu meningkatkan ilmu di bidang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah supaya tidak menghadapi masalah apabila berdepan dengan kerenah pelajar yang pelbagai itu.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan melihat generasi akan datang memiliki pengetahuan menyaingi cendekiawan Barat dalam pelbagai bidang untuk membantu memajukan negara,” katanya.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s