Pelajar perempuan samseng : belasah, bogel, rakam


Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Sembilan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah dekat Rompin, didakwa bertindak ala Mafia dengan membelasah dan merakam gambar bogel seorang rakan mereka menggunakan telefon bimbit.

Kejadian berlaku di sebuah Felda dekat Muadzam Shah apabila mangsa berusia 16 tahun dalam perjalanan ke rumah rakannya kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Bagaimanapun, dia dihalang sembilan pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sekolah sama sebelum seorang daripada mereka menghampirinya.

Menurut sumber, pelajar terbabit bertanyakan kepada mangsa mengenai sama ada dia pernah mengutuknya, termasuk memperli dirinya ‘gemuk’ tetapi mangsa menafikannya.

Bagaimanapun, pelajar terbabit yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu membelasah mangsa sebelum disertai lapan rakannya yang menanti peluang bagi melepaskan geram.

“Mangsa dibelasah bertubi-tubi termasuk ditumbuk dan ditampar sebelum diterajang sehingga tergolek di tepi jalan hingga menyebabkan mangsa cedera dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Tidak puas dengan perbuatan itu, sembilan pelajar terbabit membogelkan mangsa dengan menanggalkan baju dan seluar dalamnya hingga tidak tinggal seurat benang.

“Mangsa yang tidak berdaya melawan atau melarikan diri hanya membiarkan colinya dipotong menggunakan gunting,” katanya.

Selepas itu, katanya, seorang daripada pelajar terbabit merakam gambar bogel mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tersadai di tepi jalan.

Penyerang ‘Minah Rewang’ itu kemudian beredar sebelum mangsa yang kesakitan dan menangis memakai baju yang ditanggalkan lalu pulang ke rumah.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya dan mereka membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah, pada hari sama.

“Akibat dibelasah sembilan pelajar perempuan itu, mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di Rompin kerana kecederaan di badan sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan sembilan pelajar perempuan di rumah mereka sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh dan semua barang yang ditemui di tempat kejadian dirampas.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

One Response to Pelajar perempuan samseng : belasah, bogel, rakam

  1. hikmatun says:

    Salaam alaikum

    Ana ada komen kat sini baru2 ni. Xde keluar eaa?? Ntah2 masuk spam box.

    Ana letak link ke blog anta ni kat blog ana, harap anta ijinkan hehe

    ma’assalamah🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s