Saya selesa bertudung



BERKAT doa dan keinginan yang kuat serta dorongan daripada keluarga akhirnya Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar memilih untuk memakai tudung kepala.

Beliau berkata, hasrat untuk memakai tudung menjadi impiannya sejak zaman remaja, tetapi ia hanya menjadi kenyataan selepas pulang daripada menunaikan ibadat haji di Makkah awal tahun ini.

“Sebagai wanita Islam saya mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat saya itu belum menjadi kenyataan daripada zaman remaja hinggalah saya berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun saya tidak berhenti berdoa kepada Allah untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam.

“Selain berdoa selepas menunaikan solat, saya juga berdoa ketika menunaikan ibadat haji yang pertama ketika saya belum berkahwin dan doa itu diteruskan ketika saya menunaikan ibadat haji pada kali kedua ketika berusia 32 tahun,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Kuantan.

Tengku Puan Pahang berkata, setiap kali menunaikan ibadat haji di Makkah, beliau akan berdoa untuk memakai tudung seperti mana dilakukan wanita Islam lain.

Suaminya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pernah menasihatkannya supaya memakai tudung, tetapi hatinya masih belum terbuka untuk memakainya.

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s