Remaja tidak patut mati sia-sia


Oleh RAMLI ABDUL HALIM

JUMLAH 334 remaja berusia 16 hingga 20 tahun maut kemalangan sehingga bulan Mei tahun ini adalah satu angka yang besar. Tindakan, langkah, dan kerangka pembendungannya perlu dilakukan bagi mengelak keadaan itu terus berlaku.

Mahu tidak mahu, kematian remaja yang bakal memimpin negara adalah suatu kerugian kerana tidak mustahil ada di kalangan mereka berkemampuan menjadi tokoh besar termasuk menjadi menteri, tokoh korporat dan sebagainya kalau mereka tidak mati.

Remaja-remaja yang mati itu adalah akibat kemalangan motosikal, yakni penunggang dan pembonceng dengan mencatat 22.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan yang berlaku di negara ini.

Kalau dikira dalam jumlah hari, bermakna sekitar 66 orang remaja mati akibat kemalangan motosikal setiap hari dan jika dihitung dari segi jamnya, lebih daripada seorang mati dalam setiap satu jam.

Walaupun hidup mati manusia ditentukan oleh Tuhan, namun amat malang kalau remaja yang mati itu kerana sengaja mencari mati.

Antara yang dikatakan sengaja mencari mati ialah apabila mereka turut terlibat dalam perlumbaan haram di jalan raya terbuka, menunggang dalam keadaan berbahaya dengan menggayakan aksi-aksi lagak lasak profesional seperti menunggang motosikal dengan menjungkitkan bahagian depan, meniarap dan menelentang.

Satu perkara yang lazim berlaku ialah kalangan remaja penunggang motosikal melanggar lampu isyarat secara solo atau berkumpulan dengan memecut laju ketika lampu isyarat merah pada laluan destinasi dan memaksa pemandu kenderaan yang lebih besar pula mengalah.

Lagak-lagak sedemikian adalah antara kemungkinan kemalangan boleh berlaku gara-gara sengaja mencari penyakit dan maut. Kalau selamat daripada kemalangan memanglah boleh ketawa dan mendabik dada sebagai penunggang motosikal yang hebat, tetapi kalau berlaku kemlangan, pasti kalau tidak mati pun boleh tercedera kekal.

Jarang, malah hampir tidak ada langsung penunggang dan pembonceng motosikal yang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan apabila berlaku kemalangan. Kalau ada berlaku, pasti ia akan tercatat sebagai luar biasa dan mungkin hanya ada satu dalam seribu.

Dengan membabitkan orang kedua, ketiga atau sebagainya bagi membendung fenomena remaja menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan melanggar peraturan lalu lintas bukan perkara mudah sebenarnya.

Polis tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana jumlah remaja yang hendak diawasi itu jauh mengatasi jumlah polis yang ada. Kalau polis mengambil tindakan yang agak keras, bukan sahaja remaja tetapi ibu bapa juga cuak terhadap polis.

Justeru, fenomena remaja bermotosikal dengan amalan lagak berbahaya hanya boleh ditangani sendiri oleh kalangan remaja terbabit dengan mengeksploitasi akal fikiran masing-masing sebijaksana yang mungkin dengan sentiasa bertanya pada diri sendiri apakah mereka sebagai bakal pemimpin negara patut mati sia-sia atau sebaliknya.

Ibu bapa patut mengambil sikap menunjuk kasih sayang kepada anak-anak dengan sentiasa memberi motivasi, bukannya membelikan motosikal atau memberikan kebebasan tanpa kawalan terhadap anak-anak serta mengalu-alukan rakan taulan dan jiran sekampung memaklumkan tentang perlakuan anak- anak mereka.

This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s