Makanan punca ramai remaja sakit jantung


KUALA LUMPUR: Penjualan makanan tidak berkhasiat di kantin sekolah dikesan antara punca meningkatnya penyakit berkaitan jantung di kalangan golongan muda.

Presiden Persatuan Perubatan Sedunia (WMA), Datuk Dr N Arumugam, berkata kebanyakan makanan di kantin sekolah mempunyai kandungan garam dan gula berlebihan yang memudaratkan kesihatan pelajar.

Beliau berkata, melihat kesan serius jika masalah itu tidak diatas dengan segera menyebabkan kebanyakan negara di seluruh dunia mula menilai kembali makanan yang dijual di kantin sekolah bagi memastikan ia berkhasiat.

“Sekarang ini pula, mata pelajaran pendidikan jasmani dianggap tidak penting oleh pihak sekolah dan jika ini berlaku, pasti golongan muda terdedah kepada risiko penyakit kronik seperti serangan jantung.

“Kira-kira 30 peratus golongan muda kita mengalami obesiti dan ini menyebabkan pesakit berkaitan jantung juga menular ketika usia muda.

“Kalau dulu, pesakit jantung selalunya menyerang golongan berumur 40 tahun ke atas, kini mereka berumur 20-an boleh mendapat penyakit berkaitan jantung,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Malaysian Cardiovascular Interventional Symposium with Live Transmission, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Perubatan Institut Jantung Negara (IJN), merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur simposium, Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari dan Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Hendrick Chia.

Dr Arumugam berkata, selain pemakanan, tabiat merokok dan kurang bersenam di kalangan generasi muda negara ini menyumbang kepada peningkatan jumlah pesakit berkaitan jantung membabitkan golongan itu.

Sementara itu, Dr Hendrik berkata, pihaknya sedang mengumpul data lengkap berhubung penyakit berkaitan jantung di negara ini dengan penubuhan Pusat Data Kardiologi Kebangsaan, tahun lalu.

Katanya lagi, pusat data yang mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan itu akan menjadi rujukan penting dalam mengatur strategi menangani masalah berkaitan jantung.

“Cara terbaik mengatasi masalah penyakit berkaitan jantung ialah pencegahan pada peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu memberi cabaran kepada pengamal perubatan untuk memberi rawatan terbaik dan pada masa meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.

This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s