Kawal gaya hidup jangan berlebihan


Oleh BULBIR SINGH

SETIAP kali timbulnya isu kenaikan harga barang, kerajaan akan diminta campur tangan supaya beban yang ditanggung oleh para pengguna dapat diminimumkan. Persoalannya sekarang ialah adakah para pengguna memainkan peranan mereka untuk ‘mengajar’ para peniaga tamak ini daripada menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Berikut ialah beberapa panduan yang boleh diikuti oleh para pengguna untuk memastikan mereka tidak terus-terusan menjadi mangsa manipulasi harga di kalangan para peniaga.

* Pengguna mesti menyenaraikan barang yang hendak dibeli mengikut keutamaan.

* Beli barang yang diperlukan sahaja dan bukannya bertindak mengikut hati tanpa memikirkan kesannya terhadap belanjawan bulanan kita.

* Ketahui harga di pasaran dan buat perbandingan secara kerap untuk mengelak daripada ditipu.

* Lihat dengan teliti label barang yang dibeli supaya pilihan yang bijak dapat dilaksanakan.

* Jangan beli sesuatu barang semata-mata kerana harga yang murah. Ini kerana kadangkala harga murah bukan bermaksud barang itu baik.

* Segera laporkan sebarang tindakan peniaga yang bertentangan dengan undang-undang kepada pihak berkuasa.

Selain itu, pengguna juga diingatkan supaya kurangkan perbelanjaan kepada perkara-perkara kurang penting yang kadangkala langsung tidak tersenarai dalam belanjawan bulanan kita.

Paling penting para pengguna mesti mengelak daripada dipengaruhi oleh iklan-iklan, pertunjukan wayang gambar, lagu-lagu pop televisyen, majalah-majalah dan lain-lain saluran sebaran am.

Ini kerana media dijadikan pengantara untuk memujuk pengguna membeli produk-produk yang belum dapat dipastikan fungsi serta faedahnya kepada kita.

Iklan-iklan mengenai gaya hidup mewah dan penggunaan produk-produk berjenama mahal juga boleh menggalakkan perlumbaan yang tidak sihat di kalangan pengguna.

Gara-gara terpengaruh dengan iklan orang ramai akan mengukur taraf serta kedudukan seseorang menerusi keluasan rumah yang dimiliki serta berapa banyak kereta yang mereka ada.

Konsep seperti ini akan merosakkan masyarakat kita terutama di kalangan anak-anak muda kerana mereka diasuh untuk percaya bahawa erti hidup sebenar ialah sentiasa mengikut perubahan.

Keadaan itu juga mendorong anakanak muda berlumba-lumba memburu arus pemodenan tanpa memikirkan sama ada aktiviti yang dibuat itu selaras dengan adat dan budaya kita.

Cara hidup yang diimport itu juga akan membawa generasi muda kita kepada penagihan dadah, untuk melarikan diri daripada perkara-perkara yang serius dalam hidup mereka.

Apakah ini yang dikatakan cara hidup baru? Apa patut kita beri perhatian ialah harga-harga, nilai barang-barang, keselamatan hasil pengeluaran dan sebagainya.

Masalah-masalah yang timbul nampaknya kerana kita mengeluarkan banyak barang tidak perlu, seperti kereta, rumah-rumah besar, minuman dalam botol, barang-barang makanan dalam bungkusan yang bermacam-macam ukuran dan warna.

This entry was posted in Ekonomi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s