Kelebihan Hari Arafah

– Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah).” (Sahih Muslim)

– Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

– Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Posted in Agama, Dakwah | Tinggalkan komen

Kelebihan Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram.

Sabda Nabi s.a.w, “Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah”. Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, “Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w.”Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang”. (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah).” (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; “Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: “Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita.” (Sahih Muslim)

Posted in Agama, Dakwah | Tinggalkan komen

Hari Raya Haji


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

– Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; “Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: “Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita.” (Sahih Muslim)

– Tidak makan sehingga selesai solat ‘idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat ‘idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada ‘ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

– Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

– Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu ‘Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada ‘idil fitri dan ‘idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama’ah)

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Posted in Agama, Dakwah | Tinggalkan komen

Hukum Persandingan

Hukum Persandingan

1. Definasi persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pelamin dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas dan dituntun oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk dituntun, menjadi kenangan bersejarah, mera’ikan peluang se umur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu seperti adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964) Teruskan membaca

Aside | Posted on by | Tinggalkan komen

Pelajar maut dalam perjalanan duduki PMR

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Keladi yang dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Permatang Langsat, di Kepala Batas awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, ASP Suhaimi Mohd Noor berkata mangsa Muhamad Farhan Mohd Sidek, 15, yang berasal dari Kampung Permatang Durian, di sini meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira 6.40 pagi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa yang menunggang motosikal milik bapanya dalam perjalanan untuk mengambil rakan baiknya yang tinggal di Kampung Permatang Langsat iaitu tidak jauh dari tempat kemalangan sebelum mereka ke sekolah.

“Bagaimanpun ketika mangsa sampai di simpang Kampung Permatang Langsat, sebuah Perodua Viva tiba-tiba keluar dari simpang. Muhamad Farhan yang gagal mengelak merempuh kenderaan berkenaan,” kata Suhaimi.

Beliau berkata akibat rempuhan itu mangsa terpelanting beberapa meter dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Suhaimi berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Bernama

Posted in Keluarga, Masyarakat | Tinggalkan komen

Ramai Lelaki Dayus

Dayus ialah lelaki yang mengetahui perkara dosa dilakukan oleh ahli keluarganya dan dia sekadar senyap dan membiarkan ia berlaku tanpa diambil apa-apa tindakan, dan termasuk dayus juga lelaki yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat”. (Imam Az-Zahabi, Al-kabair)

Nabi saw. bersabda, “Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, anak yang derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus.” (HR Ahmad dan Nasaie)

Nabi saw. bersabda, “Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya.” (HR Ahmad)

Posted in Keluarga, Masyarakat | Tinggalkan komen

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Oktober 2012

KONGSA KONGSI
Image | Posted on by | Tinggalkan komen