MOHON HAJAT
18 10 2009
LEBIH 8,000 umat Islam menyertai solat hajat perdana anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Masjid Negara di Kuala Lumpur kelmarin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai solat hajat itu sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Negara.
Naib Presiden PKPIM, Hasnul Hanif Harun berkata, solat hajat itu untuk mendoakan kesejahteraan saudara Islam di Padang, Indonesia yang dilanda gempa bumi pada 30 September lalu.
Menurutnya, PKPIM juga menjadikan tiga kampung di Padang, Sumatera Barat, Indonesia sebagai kampung angkat bagi membantu meringankan beban penduduk di situ.
Tiga kampung itu adalah Kampung Durian Pulut-pulut, Kampung Kerambia dan Kampung Batu Nanggai.
Sementara itu, sebanyak RM2,100 berjaya dikutip hasil sumbangan jemaah solat Jumaat untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi terbabit.
n PARA jemaah mengaminkan doa kesejahteraan untuk umat Islam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia yang dilanda gempa bumi selepas solat hajat perdana di Masjid Negara, Kuala Lumpur, kelmarin.
Entry Filed under: Masyarakat. .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed