Jaguh siber
03 10 2009
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
| MELIHAT kemegahan universiti di negara ini, ia cukup membanggakan, apatah lagi graduan yang dihasilkan ber kualiti dan memenuhi piawaian pengambilan pekerja di semua sektor. |
MELIHAT kemegahan universiti di negara ini, ia cukup membanggakan, apatah lagi graduan yang dihasilkan ber kualiti dan memenuhi piawaian pengambilan pekerja di semua sektor.
Namun, apabila keputusan penarafan webometric dike luarkan Julai lalu, kedudukan universiti tempatan di peringkat Asia, apatah lagi dunia masih jauh ke belakang.
Bagaimanapun, daripada keputusan yang dikeluarkan itu, di kedudukan lima teratas, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperoleh kedudukan di tangga ke-10 penarafan webometric, sekali gus mengalahkan Universiti Sains Ma laysia (USM) selaku universiti Apex di tempat ke-12.
Apakah sebenarnya penarafan webometric itu dan ba gaimana sesuatu penilaian itu dilakukan, sekali gus me nentukan kedudukan sesebuah universiti di seluruh dunia?
Apa yang melayakkan UTM berada di ranking ke-10 webometric di Asia Tenggara?
Naib Canselor UTM, Datuk Dr Zaini Ujang, berkata penarafan webometric yang diperkenalkan pada 2004 mem babitkan 6,000 universiti terkemuka daripada 17,000 pe nyertaan dan, 2,000 pusat penyelidikan daripada 7,000 pe nyertaan di seluruh dunia.
Beliau berkata, penarafan webometric bertujuan meng galakkan penerbitan maklumat saintifik dan ilmiah oleh pusat pengajian tinggi di seluruh dunia.
“Penarafan webometric menjadi semakin penting dalam era teknologi maklumat dan pencapaian sesebuah universiti diasaskan kepada maklumat itu
“Dalam konteks webometric, penarafan mengambil kira bagaimana sesebuah universiti itu dilihat dari sudut dunia siber termasuk aspek laman sesawang yang mudah dikesan (visibility), saiz, bahan, relevan dan bilangan laman web,” katanya.
Berdasarkan penarafan webometric itu, menurutnya se makin banyak aktiviti seperti penyelidikan, pengajaran dan khidmat masyarakat yang diperkenalkan UTM menyebabkan semakin banyak hyperlinks dan bilangan laman web uni versiti ini muncul di Internet.
“Oleh itu, untuk berada pada tangga teratas di Malaysia dan ke-10 di Asia Tenggara, UTM menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang cekap dan berkesan di laman web universiti.
“UTM juga turut menyediakan akses terbuka terhadap hasil saintifik universiti bagi disesuaikan dengan kehendak pusat penyelidikan dan pengajian tinggi di seluruh dunia,” ka tanya.
Di samping itu, kata Dr Zaini, laman web yang mesra pengguna, mudah dicapai melalui enjin pencarian Internet dan penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi penyumbang ke arah itu.
“Sehingga kini, laman web UTM didapati mempunyai tahap visibility, saiz dan bilangan (sekitar 400,000 halaman) yang boleh dibanggakan,” katanya.
Jika dari segi penerbitan dan pengeksesan laman web sesebuah universiti yang menjadi penentu kedudukannya menerusi penarafan webometrik, adakah sesetengah uni versiti kita tidak aktif atau penggunaan laman webnya kurang?
Walaupun tersenarai, kenapa pula kebanyakannya yang tersenarai dalam ranking webometric hanya tersenarai di Asia?
Mengapa mereka tidak boleh memperoleh kedudukan yang lebih baik dan setaraf dengan universiti lain di Asia Tenggara dan dunia. Adakah universiti kita tidak diiktiraf di peringkat dunia?
Adakah mungkin wujud pilih kasih dalam pemilihan itu?
Dr Zaini berkata, berdasarkan statistik, pelawat tempatan adalah pengguna yang paling ramai melawati laman web universiti tempatan.
“Faktor bilangan penduduk yang berkemampuan meng gunakan Internet itu berpotensi mempengaruhi penarafan berkenaan.
“Jumlah penduduk di negara ini seramai 25 juta yang masih dianggap rendah berbanding negara lain menyebabkan bi langan pelawat yang mengakses laman web universiti tem patan rendah.
“Rakyat Malaysia kurang aktif atau terdedah sepenuhnya kepada dunia siber berbanding negara maju untuk men dapatkan maklumat,” katanya.
Dari segi pengiktirafan universiti tempatan di peringkat Asia, Asia Tenggara atau dunia, Dr Zaini berkata, penarafan webometrik itu bukan soal pengiktirafan tetapi soal kehadiran dan visibiliti dalam dunia siber.
“Webometrik menyediakan landasan dan petunjuk untuk memudahkan kita memberi tumpuan kepada pencapaian akademik yang dilaporkan dalam media siber atau jurnal antarabangsa.
“Kedudukan universiti tempatan masih diiktiraf di pe ringkat dunia dan kemasukan pelajar antarabangsa mem buktikan hakikat itu,” katanya.
Dalam penentuan kedudukan sesebuah universiti menerus penarafan webometrik, faktor visibility laman web universiti melalui enjin carian di Internet seperti Google dan Yahoo adalah antara kriteria diambil kira.
Dr Zaini berkata, tidak akan timbul isu pilih kasih dalam penentuan kedudukan sesebuah universiti.
“Isu pilih kasih tidak berlaku kerana kaedah pengiraan penarafan webometrics dibuat berdasarkan data dari web robots pada enjin pencarian Internet seperti Google, Yahoo dan Microsoft,” katanya.
Bagi menaikkan kedudukan universiti tempatan, laman web universiti perlu dipertingkatkan untuk memenuhi kehendak semua pihak.
“Peningkatan terhadap kandungan laman web khususnya maklumat ilmiah harus diberi keutamaan.
“Universiti tempatan juga perlu menjadikan teknologi web medium menyebar dan berkongsi maklumat di kalangan unversiti tempatan.
“Melalui kerjasama ini, saya yakin kita mampu menduduki kelompok lebih baik di Asia Tenggara yang selama ini dikuasai universiti dari Singapura dan Thailand,” katanya.
Antara universiti di kedudukan teratas selain UTM ialah National University of Singapore (NUS); Prince of Songkhla University, Chulalongkorn University, Kasetsart University dan Mahidol University dari Thailand; Nanyang Techno logical University, Singapura; Thammasat University, Thai land dan Universitas Gadjah Mada, Indonesia dan Chiang Mai University, Thailand.
Entry Filed under: Teknologi. .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed