Archive for Julai 2009

Masjid kaya lupa tanggungjawab, bangga simpanan di bank

Jul 24, 09 12:28pm

Terdapat masjid kaya lupa tanggungjawab sosial hasil sumbangan orang ramai atau institusi tertentu tetapi “sebaliknya berbangga mempunyai simpanan beku di bank-bank,” kata seorang menteri.

“Mereka berpuas hati dengan sekadar mendapat keuntungan yang diagihkan setiap tahun tetapi tidak tahu menjanakan dana masjid itu.

“Kepimpinan masjid seperti ini tidak mempunyai kemahiran, tidak mengetahui cara membelanjakan dana tersebut untuk faedah masyarakat Islam yang memerlukannya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

(lagi…)

Add comment 24 07 2009

Kes Teoh: ‘Kami tidak sembunyi apa-apa’

 
Jul 17, 09 3:14pm
“Apa pun, kami bukan mahu menyembunyikan sesuatu. Kami mahu perkara ini disiasat secara telus. Polis sedang menyiasat dan kita patut tunggu sehingga mereka menyiapkan siasatan mereka,” janji timbalan perdana menteri.Mengulas kes kematian mengejut dan luar biasa setiausaha politik exco kerajaan Selangor di bawah pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, lapor Bernama, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa semua pihak membenarkan polis menjalankan siasatan  tanpa sebarang halangan.

“Kami tidak boleh membuat andaian kerana kami masih belum mengenal pasti sebab di sebalik kejadian ini. Tolong jangan menunding jari kepada sesiapa.

“Kami tidak boleh menuduh sesiapa atau membuat dakwaan tidak berasas kerana ia akan menimbulkan masalah tidak sepatutnya kelak. Mari kita tunggu polis menyiasat kejadian ini,” beliau dipetik berkata.

(lagi…)

Add comment 18 07 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR

 
Abdul Rahim Sabri | Jul 18, 09 4:06pm
Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.chua jui meng pkr 180709

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

(lagi…)

Add comment 18 07 2009

9 maut, 50 cedera bom gegar 2 hotel di Jakarta

Pegawai polis sedang memeriksa kerosakan selepas letupan yang berlaku di Hotel Marriott, Jakarta, hari ini. Setakat ini, sembilan orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 cedera dalam kejadian letupan bom yang turut membabitkan Hotel Ritz-Carlton --foto AP Pegawai polis sedang memeriksa kerosakan selepas letupan yang berlaku di Hotel Marriott, Jakarta, hari ini. Setakat ini, sembilan orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 cedera dalam kejadian letupan bom yang turut membabitkan Hotel Ritz-Carlton –foto AP 

 

JAKARTA: Menteri Penyelaras Keselamatan Indonesia, Widodo AS berkata, sebanyak sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di sini pagi ini.

Katanya, kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45 pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.

“Ini jenis mempunyai ledakan tinggi,” katanya kepada pemberita di depan Hotel JW Marriott tersebut, yang turut diiringi Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, Ketua Badan Inteligen Nasional, Syamsir Siregar dan Gabenor Fauzi Bowo.

Widodo yang dipetik media masaa tempatan berkata, letupan pertama terjadi di lobi Hotel Marriott dan disusuli letupan kedua di restoran di Ritz Carlton.

Menurutnya, enam orang mati di tempat kejadian di JW Marriott, dua orang di Ritz Carlton dan seorang di Hospital Medistra.

Beliau bagaimanapun belum mahu mengaitkan kejadian dengan sebarang aktiviti pengganas dan sebaliknya mahu ia disiasat dengan terperinci terlebih dahulu. BERNAMA

(lagi…)

Add comment 18 07 2009

Info menarik : Lubuk virus Selsema Babi

Posted on Julai 9, 2009 by HermanSamsudeen

Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my

mainpix2

Pekerja di Los Angeles membawa sepanduk menggesa kerajaan memberi perlindungan keluarga berikutan penularan wabak selesema babi

Selesema babi dijangka cetuskan semula wabak yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 serta menyebabkan jutaan penduduk dunia mati

Berita Harian : TEMPOH lebih seminggu lalu mencatat titik hitam sejarah peradaban manusia moden yang biarpun dikelilingi pelbagai peralatan serba canggih tetapi terpaksa akur dengan ancaman virus ‘ganas’ haiwan dan terbaru, selesema babi.

(lagi…)

Add comment 18 07 2009


Kalendar

Julai 2009
A I S R K J S
« Jun   Ogo »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Papan Notis

Pengerusi dan J/K Pengurusan Surau Al-Mizan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri semoga kemenangan kita dalam tarbiyyah ramadhan membawa ketaqwaan kepada Allah s.w.t, InsyAllah.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

shafifah pada Asri Rabbani ‘pergi tak…
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
Nisfu Syaaban … pada Nisfu Syaaban dan fatwa t…
Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta