Archive for 26 Jun 2009
Mendidik remaja pengurusan kewangan bijak
Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
![]() |
|
ANAK-anak perlu diberi pendedahan dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan yang berkesan. – Gambar hiasan
|
MELALUI ruangan ini pada dua minggu lepas, kita telah berkesempatan menyelusuri isu pemberi pinjaman wang persendirian serta punca-punca yang membawa kepada segelintir orang awam untuk tetap mengambil risiko dengan meminjam wang daripada golongan tersebut.
Selain itu, alternatif penyelesaian kepada kemelut ini turut dikupas melalui usaha organisasi iaitu pihak kerajaan dan institusi kewangan. Terdapat pelbagai produk kewangan di pasaran yang membolehkan kita mengurus kewangan secara bijak dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pemberi pinjaman wang persendirian.
Add comment 26 06 2009
