H1N1: Arahan tutup seminggu


Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

 

Pihak berkuasa semalam mengumumkan penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jalan Davidson, Kuala Lumpur selama seminggu sejak Jumaat lalu apabila seorang lagi muridnya iaitu yang ketiga disahkan positif menghidap wabak H1N1.

 

PUTRAJAYA 21 Jun – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan protokol yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1) pada 18 Jun lalu.

”Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang situasi penyakit itu di sekolah terbabit pada tengah hari tadi.

”Beliau berpendapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa murid memerlukan kita mengambil langkah untuk menutup sekolah itu selama seminggu,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri 2009 di sini hari ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes H1N1 melibatkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson di sini, menjadikan jumlah kes itu di seluruh negara meningkat kepada 50 setakat ini.

Murid tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5 (I), menjadikan kes H1N1 di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, tindakan menutup sekolah itu selama seminggu adalah wajar walaupun ia melibatkan jumlah murid yang kecil.

Beliau menambah, walaupun penting untuk tidak mengganggu pelajaran murid-murid di sekolah, tetapi soal keselamatan dari segi kesihatan lebih diberi keutamaan.

”Jangan jadi satu wabak yang ramai murid sekolah itu terlibat dan pada waktu itu sudah terlambat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sama ada sekolah terbabit dibenarkan memulakan sesi persekolahan selepas tempoh kuarantin itu bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan.

”Kita akan memaklumkan keputusan itu kepada pihak sekolah sama ada tempoh itu dilanjutkan atau sebaliknya beberapa hari sebelum ia tamat.

”Selain itu, soal sesi pembelajaran yang tertinggal selama seminggu itu bergantung kepada budi bicara guru besar sekolah terbabit sama ada perlu menggantikannya pada hari lain atau sebaliknya,” katanya.

Katanya, dua buah sekolah lagi, Sekolah Kebangsaan Assunta 2 (Petaling Jaya) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam yang sebelum ini dilaporkan pelajarnya dijangkiti H1N1 masih dalam pemantauan Kementerian Kesihatan.

”Kementerian Kesihatan masih memantau keadaan di dua buah sekolah itu dan sehingga kini, kami belum memberi sebarang cadangan untuk menutupnya,” ujar beliau.

About these ads
This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s