100 pelajar, guru Selangor dikuarantin seminggu

22 06 2009

SHAH ALAM 21 Jun – Seramai 100 rakan sekelas dua pelajar dan seorang murid yang disahkan dijangkiti selesema babi atau positif Influenza A (H1N1) di negeri ini dikuarantin di rumah selama seminggu mulai hari ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Zahri Aziz berkata, semua ibu bapa terbabit akan menerima surat arahan daripada Jabatan Kesihatan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di sekolah-sekolah terlibat pagi esok.

Pesakit merupakan pelajar perempuan SMK Seksyen 9 di sini dan seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2, Petaling Jaya.

Menurutnya, guru-guru yang mengajar di kelas murid terbabit juga dikuarantin bagi tempoh yang sama.

‘‘Setakat ini, kita tidak mengambil keputusan untuk menutup sekolah kecuali mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan supaya berbuat demikian,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan JPN negeri berhubung kes terbaru wabak itu yang turut melibatkan sekolah di Selangor.

Zahri berkata, tindakan tersebut juga diambil hasil perbincangan dengan pengetua dan guru besar yang terlibat dan mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan wabak itu menular.

‘‘Saya harap para pelajar dan ibu bapa tidak bimbang kecuali perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa,” ujarnya.

Beliau berkata, JPN negeri turut menubuhkan bilik gerakan dengan talian 03-55186500 bagi memantau perkembangan semasa penularan wabak itu.

Entry Filed under: Kesihatan. .


Kalendar

Jun 2009
A I S R K J S
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Papan Notis

Pengerusi dan J/K Pengurusan Surau Al-Mizan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri semoga kemenangan kita dalam tarbiyyah ramadhan membawa ketaqwaan kepada Allah s.w.t, InsyAllah.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

shafifah pada Asri Rabbani ‘pergi tak…
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
Nisfu Syaaban … pada Nisfu Syaaban dan fatwa t…
Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta