Archive for 22 Jun 2009
100 pelajar, guru Selangor dikuarantin seminggu
SHAH ALAM 21 Jun – Seramai 100 rakan sekelas dua pelajar dan seorang murid yang disahkan dijangkiti selesema babi atau positif Influenza A (H1N1) di negeri ini dikuarantin di rumah selama seminggu mulai hari ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Zahri Aziz berkata, semua ibu bapa terbabit akan menerima surat arahan daripada Jabatan Kesihatan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di sekolah-sekolah terlibat pagi esok.
Pesakit merupakan pelajar perempuan SMK Seksyen 9 di sini dan seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2, Petaling Jaya.
Add comment 22 06 2009
H1N1: Arahan tutup seminggu
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
![]() |
|
Pihak berkuasa semalam mengumumkan penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jalan Davidson, Kuala Lumpur selama seminggu sejak Jumaat lalu apabila seorang lagi muridnya iaitu yang ketiga disahkan positif menghidap wabak H1N1.
|
PUTRAJAYA 21 Jun – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan.
Add comment 22 06 2009
