Archive for 17 Jun 2009
Banyak kesan negatif penyiaran filem seram
| Dato’ Dr Haron Din Mon | Apr 27, 09 | 7:14:36 pm MYT |
|||||||
SOALAN: Akhir-akhir ini, siaran televisyen, banyak menyiarkan filem atau drama yang menyeramkan seperti Susuk, Rafik, Puaka Nian, Jangan Pandang Belakang, Pontianak Harum Sundal Malam dan The Seekers. Apakah filem-filem ini membawa kebaikan kepada masyarakat umum, terutama sekali kanak-kanak? Mohon pandangan Dato’. – MOHD NIZAM ZAKARIA Rawang
JAWAPAN: Secara peribadi, saya jarang sangat menonton filem atau drama yang anda nyatakan. Bagaimanapun, apabila mendengar nama-nama filem yang anda sebutkan, maka dapatlah saya bayangkan apa bentuk hidangan oleh penerbit kepada masyarakat, terutama orang Melayu-Islam. Setiap filem pasti ada mesejnya. Mesej filem-filem tersebut, adalah hendak menarik penonton terperap di hadapan TV, melalui cerita-cerita rekaan hantu dan dongengan menakutkan. |
|||||||
Add comment 17 06 2009
WAWANCARA : Hajjah Rohani binti Datuk Haji Mohd Shahir
| Posted by Mingguan Wasilah on 2008/8/7 12:55:32 (439 reads) News by the same author |
![]() ![]() Hajjah Rohani binti Datuk Mohd Shahir dilahirkan pada tahun 1959 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau telah dibesarkan di merata-rata tempat memandangkan ayah beliau berkhidmat sebagai anggota polis. Mula mendapat pendidikan awal di Kelantan, seterusnya meneruskan pengajian sekolah menengah di Sekolah Convent Bukit Nanas. Hajjah Rohani telah melanjutkan pelajaran di Universiti Sydney, Australia dan menamatkan ijazah dalam bidang Ekonomi, pengkhususan perakaunan pada tahun 1981. |
Add comment 17 06 2009
Malaysia akan gerakkan jawatankuasa pandemik influenza antara kementerian

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menggerakkan jawatankuasa pandemik influenza antara kementerian yang menyelaras segala usaha bagi membanteras rebakan H1N1 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan perisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malam ini, yang menunjukkan bahawa H1N1 kini menjadi pandemik global berikutan mesyuarat tergempar di ibu pejabat badan kesihatan dunia itu di Geneva malam ini.
“Berikutan keputusan oleh WHO yang menaikkan tahap berjagajaga dari fasa 5 ke 6, kerajaan perlu meningkatkan tahap kesiagaan. Kita akan membentuk jawatankuasa pandemik Influenza antara kementerian yang akan saya pengerusikan,” katanya di sini semalam.
Menurut laman web WHO, ini kali pertama badan itu mengisytiharkan pandemik influenza global dalam tempoh 40 tahun ini. Pandemic influenza terakhir ialah pada 1968-69 selepas merebaknya virus H3N2, yang bermula di Hong Kong, dan membunuh sekurang-kurangnya sejuta orang seantero dunia. Selesema biasa membunuh kira-kira 250,000 hingga 500,000 orang setahun. BERNAMA
Add comment 17 06 2009


Hajjah Rohani binti Datuk Mohd Shahir dilahirkan pada tahun 1959 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau telah dibesarkan di merata-rata tempat memandangkan ayah beliau berkhidmat sebagai anggota polis. Mula mendapat pendidikan awal di Kelantan, seterusnya meneruskan pengajian sekolah menengah di Sekolah Convent Bukit Nanas. Hajjah Rohani telah melanjutkan pelajaran di Universiti Sydney, Australia dan menamatkan ijazah dalam bidang Ekonomi, pengkhususan perakaunan pada tahun 1981.