Archive for 10 Jun 2009
Shukrey Hashim sudah tiada…
Dunia seni tanahair kehilangan seorang lagi bintang yang sentiasa menghiburkan dengan karektor lawaknya yang bersahaja.Shukrey Hashim,55 yang mengidap sakit kanser pankreas meninggal dunia jam 1.15 tengahari Rabu di Hospital Universiti Kebangsaan di Cheras.Allahyarham yang berasal dari Langkawi mula berlakon dalam drama di televisyen sejak tahun 1987.Allahyarham meninggal isteri Faridah Md Desa dan lima orang anak.-10/6/2009
1 comment 10 06 2009
Bunuh umat Islam yang sedang solat, satu tindakan bacul
Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.-Utusan Malaysia
Sesungguhnya orang yang melakukan aksi ganas ini adalah kalangan mereka yang bacul dan penakut. Mereka gentar berhadapan dengan umat Islam di medan pertempuran dan hanya berani bertindak bila umat Islam sedang solat.
Segelintir penduduk mendakwa bahawa ini adalah tindakan pihak tentera, bertujuan untuk membangkitkan kemarahan tentera pemisah Islam di Selatan Thailand.
Ia juga dilakukan bagi mewujudkan suasana ketakutan serta sebagai alasan untuk tentera Thailand meneruskan peperangan dengan tentera pemisah.
Walau siapa pun yang lakukan perkara ini, hakikatnya mereka akan dilaknat Allah. 11 syuhada yang terkorban dihadapan Allah itu pasti akan diganjari nikmat syurga. Pemergian tragis mereka itu tidak sesekali melemahkan semangat juang para mujahid yang akan menuntut bela atas kematian mereka.
Bangkitlah tentera Allah, ajarkan musuh-musuh Allah itu dengan erti kemanusian. Tunjukkan mereka jalan pulang ke pangkal jalan atau habiskan sahaja nyawa mereka jika masih mahu memerangi umat Islam.
Kedamaian tidak akan tercapai di Selatan Thailand selagi Kerajaannya mengamalkan sikap konfrontasi dengan pejuang Islam disana.
Add comment 10 06 2009
Nelayan wanita – ‘Selagi terdaya, kami akan ke laut’
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
![]() Rahmah menunjukkan hasil tangkapan. |
Disindir ketika memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menguatkan lagi azam nelayan wanita untuk sendiri mencari rezeki
DI SEBALIK celah hutan pokok bakau di muara Kuala Gula, Perak sebuah bot berwarna biru bernombor pendaftaran PKS 3616 menyusur perlahan meredah sungai. Kelihatan ibu tunggal, Rofeah Atan, 42, gagah mendayung bot meredah mata hati terik mencari rezeki.
Ditemani anak lelakinya, Mohd Rashidi Mahadi, 20, ibu kepada tujuh anak itu tersenyum melihat bot kami menghampiri mereka. Mereka berdua sedang menangkap ketam nipah menggunakan bubu yang dikenali penduduk tempatan sebagai takui.
Muka dan badannya dibasahi keringat, itulah tanda kesungguhannya mencari rezeki halal sejak kematian suami dua tahun lalu. Bot itu mempunyai enjin tetapi nelayan tempatan lebih suka mendayung ketika mengangkat bubu kerana ia menjimatkan penggunaan petrol.
Mereka adalah sebahagian daripada puluhan wanita gigih Kuala Gula yang bekerja sebagai nelayan pantai. Agak mengejutkan kerana sebelum ini jarang diketahui kerjaya itu turut dipelopori kaum hawa yang lebih dikenali sebagai suri rumah.
Add comment 10 06 2009
Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).