Archive for 3 Jun 2009

Karya ulama Patani dalam ilmu usuluddin dan tasawuf

Koleksi tulisan ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

 

Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Ismail As-Sanawi antara ulama Patani yang alim dalam bidang ilmu tauhid.


KITA mengetahui bahawa ulama-ulama kita telah menterjemah, menyusun kitab dan mengajar berbagai-bagai disiplin ilmu yang ada hubungkaitnya dengan agama Islam. Antara yang paling ditekankan oleh ulama Nusantara, termasuk ulama Patani, ialah tiga ilmu fardu ain: Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf.

Mengimbas perbicaraan yang lepas, telah diketengahkan karya Fiqh ulama-ulama Patani yang menjadi rujukan Nusantara. Kesinambungan dari itu, ia dilanjutkan pula kepada karya ulama Patani dalam dua bidang ilmu selain ilmu Fiqh, iaitu ilmu Usuluddin dan ilmu Tasawuf.

(lagi…)

03 06 2009

Ilmu kekeluargaan wajar diajar di sekolah

PENDIDIKAN mengenai rumah tangga dan kekeluargaan tidak boleh dianggap asing dalam sistem pendidikan negara dan ia wajar dijadikan sukatan pelajaran di sekolah menengah sama ada diserapkan dalam beberapa mata pelajaran sedia ada seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Biologi, Kesihatan dan Bahasa Melayu atau sebagai mata pelajaran baru.Bertunjangkan perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual dan masyarakat serta budaya, pendidikan seksualiti dan ilmu kekeluargaan boleh menghindari ‘jahil ilmu’ sehingga menyebabkan ramai gadis remaja terjebak zina walaupun mendakwa dirogol.

(lagi…)

Add comment 03 06 2009

Kenduri kahwin sederhana elak dipandang serong

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

AMAT sinonim dengan musim cuti persekolahan, masyarakat akan mengambil kesempatan mengadakan walimah atau kenduri kahwin. Ada yang menerima undangan dua hingga tiga jemputan pada hari tertentu. Di bandar besar atau desa terpencil, kenduri kahwin ini akan berlangsung dalam suasana cukup meriah tanpa mengira kecil atau besar sambutan mengikut kemampuan ekonomi sesebuah keluarga.

Kemeriahan akan lebih terasa kerana sesuai dengan pengertian walimah itu sendiri yang bermaksud mengadakan suatu majlis makan yang turut mengundang sanak saudara dan sahabat handai sama ada dekat dan jauh untuk turut sama menyerikan lagi majlis.

(lagi…)

Add comment 03 06 2009

Siapakah Chin Peng?

 Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

 Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan (lagi…)

Add comment 03 06 2009


Kalendar

Jun 2009
A I S R K J S
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Papan Notis

Pengerusi dan J/K Pengurusan Surau Al-Mizan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri semoga kemenangan kita dalam tarbiyyah ramadhan membawa ketaqwaan kepada Allah s.w.t, InsyAllah.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

shafifah pada Asri Rabbani ‘pergi tak…
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
Nisfu Syaaban … pada Nisfu Syaaban dan fatwa t…
Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta