Malaysia cadang jambatan ketiga hubungkan ke Singapura

23 05 2009

 

Malaysia telah mencadangkan kepada Singapura bahawa sebuah jambatan baru dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke negara pulau itu.

Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di Singapura Jumaat.

Najib, yang berada di Singapura sejak semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke republik ini, berkata jambatan baru itu juga akan membantu membangunkan bahagian timur Johor seperti di kawasan di Pengerang, termasuk Desaru, yang masih kurang membangun tetapi mempunyai potensi ekonomi yang besar.

Bernama melaporkan beliau berkata jalan penghubung sedia ada seperti Tambak Johor, sudah mempunyai jumlah trafik yang banyak dan telah menjejaskan kelancaran pergerakan orang ramai dan barangan antara kedua-dua negara berjiran.

Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneliti cadangan itu daripada segi jangka sederhana dan jangka panjang dan juga bersetuju untuk menjalankan kajian terhadap daya maju jambatan itu, kata Najib dan menurutnya cadangan jambatan baru itu merupakan satu daripada hasil mesyuarat dua hala mereka untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Singapura.

Pada masa ini, bahagian hujung selatan Semenanjung Malaysia dihubungkan ke Singapura oleh Tambak Johor yang semakin dimamah usia dan Linkedua di Tuas.

Pada 2006, Malaysia membatalkan rancangan untuk membina jambatan kedua bagi menggantikan Tambak Johor selepas menemui kebuntuan berikutan tiada kata sepakat dicapai antara kedua-dua negara jiran.

Lee turut mencadangkan Tambak Johor diperbesarkan dan laluan rel yang menghubungkan kedua-dua negara dinaik taraf untuk meningkatkan kelancaran pergerakan trafik.

Terdahulu, sebaik tiba di Istana, Najib memeriksa barisan kawalan kehormat tentera sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee.

Kedua-dua pemimpin kemudian menyertai mesyuarat dua hala yang membabitkan delegasi pegawai tinggi dari kedua-dua negara.-22/5/2009

Entry Filed under: Antarabangsa. .


Kalendar

Mei 2009
A I S R K J S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Papan Notis

Pengerusi dan J/K Pengurusan Surau Al-Mizan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri semoga kemenangan kita dalam tarbiyyah ramadhan membawa ketaqwaan kepada Allah s.w.t, InsyAllah.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

shafifah pada Asri Rabbani ‘pergi tak…
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
Nisfu Syaaban … pada Nisfu Syaaban dan fatwa t…
Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta