Malaysia telah mencadangkan kepada Singapura bahawa sebuah jambatan baru dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke negara pulau itu.
Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di Singapura Jumaat.
(lagi…)
23 05 2009
“Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
(lagi…)
23 05 2009
Oleh Ibrahim Abdullah
SEBENARNYA persoalan krisis ekonomi pernah terjadi pada masa Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Namun dengan metod, kerjasama dan kesabaran, krisis tersebut dapat ditangani dengan jayanya terutama pasca hijrah Baginda dan sahabat di kota Madinah (Yathrib) yang terkenal dalam sektor pertanian dan perniagaan.
Di sana terdapat pasar yang mengandungi segala sektor perekonomian, perindustrian, penternakan serta perdagangan telah berjalan dengan baik dan lancar.
Madinah adalah sebuah kota lokasi sangat strategik yang sebahagian besar berorientasi bahan pertanian. Oleh kerana itu, sebahagian besar penduduknya bergantung pada sektor pertanian dan perdagangan.
Produk pertanian yang utama adalah buah anggur dan kurma. Situasi Madinah dapat dilihat dari gambaran yang diinformasikan al-Quran yang maksud-Nya: Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (al-Ra’du: 4).
(lagi…)
14 05 2009
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
 |
|
Che Mat Che Ali (kanan) mendail nombor 15888 pada replika telefon bimbit selepas melancarkan Gerbang SMS kerajaan Malaysia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
Mulai sekarang umat Islam yang menjadi warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mesti menyimpan nombor 15888 atas nama Jawi di telefon bimbit masing-masing. Jika tidak pun sematkan dalam ingatan.
Ini kerana pada suatu hari nanti, nombor tersebut boleh digunakan untuk membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Benar, mudah bagi anda mengirimkan pesanan aduan anda itu kepada nombor 15888. Aduan tersebut akan terus diterima terutama oleh pihak Penguatkuasa Jawi untuk tindakan seterusnya!
(lagi…)
14 05 2009
KUALA LUMPUR 14 Mei – Seorang suri rumah dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh suaminya dengan cara mencekik mangsa sejurus menikmati lauk kari yang dibubuh ubat tidur ketika berbuka puasa, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Shamim Bano Mohammed Faroque, 41, dan sepupunya, Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39.
Berdasarkan pertuduhan pindaan, Shamim Bano dan Javeed Akhtar didakwa membunuh Reyaz Ahamed Maruf, 39, pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik.
(lagi…)
14 05 2009