Gejala pelajar merokok serius

13 02 2009


FENOMENA yang biasa berlaku menyaksikan para pelajar sekolah menengah bebas merokok di kawasan awam. – GAMBAR HIASAN

 

FAKTA yang menyebut sekurang-kurang 50 remaja ‘terjebak’ sebagai penghisap rokok baru setiap hari sememangnya menggerunkan. 

Perkembangan terbaru itu memberi petunjuk kepada semua pihak seperti ibu bapa, pihak berkuasa dan guru-guru agar segera bertindak membendung gejala membunuh itu.

Lebih membimbangkan apabila tabiat merokok menjadi budaya yang dibanggakan kalangan remaja sehingga mereka tiada rasa bimbang untuk menyedut asap rokok di kawasan sekolah.

Persoalannya, sampai bila kita akan menjadi penonton kepada gejala tidak sihat ini, sedangkan tabiat tersebut jika tidak dibendung akan meninggalkan kesan negatif kepada pembentukan masyarakat sihat pada masa akan datang.

Sampai bila juga kita mahu mengiktiraf remaja sebagai salah satu kumpulan penyumbang utama kepada pembaziran lebih RM8 juta sehari daripada tabiat merokok itu.

Untuk menjawab pelbagai persoalan tentang ketagihan merokok di kalangan remaja, wartawan Utusan Malaysia WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY bersama jurugambar MOHD. NOOR AMIN dan MOHD. NAIM AZIZ mendekati kumpulan tersebut di kawasan persekolahan yang cuba mencungkil rahsia serta alasan golongan itu terjebak dalam gejala tersebut.

 

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Pengalaman seminggu ‘melepak’ di hadapan sekolah-sekolah menengah sekitar ibu kota mengiyakan kebimbangan orang ramai tentang budaya merokok di kalangan pelajar yang dikatakan berleluasa.

Perkataan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi penulis melihat senario itu ialah ‘pelik.’

Pelik apabila melihat pelajar-pelajar lengkap dengan uniform selamba menghisap rokok seolah-olah perbuatan itu tidak salah.

Dengan sebatang rokok setiap seorang atau berkongsi sesama mereka, merokok menjadi tabiat yang amat dibanggakan. Tabiat itu juga seolah-olah perkara wajib yang dilakukan setiap pelajar.

Penulis tercegat seawal 7 pagi dan meninjau gelagat pelajar menghisap rokok sebelum memulakan kelas.

Ada yang mula menyalakan puntung rokok sebaik sahaja turun bas, ada juga semasa menunggang motosikal, malah ada yang berbuat demikian selepas bersalaman dengan ibu bapa yang menurunkan mereka di sekolah.

Penulis mendekati para pelajar dan bertanya sendiri punca mereka terjebak menghisap rokok di usia muda itu.

Semuanya mempunyai alasan yang sama iaitu mahu kelihatan lebih dewasa.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Bob’ tersenyum ditanya kenapa dia merokok. “Memang dah biasa macam ini bang. Kalau hisap rokok baru orang nampak ‘macho.’ Orang nampak besar dan matang,” katanya selamba.

Persoalan penulis tidak terhenti di situ. Meneruskan pertanyaan demi pertanyaan kerana rasa ingin tahu sehingga melampaui rahsia mereka yang sebenarnya.

Rasa terkejut apabila penulis diberitahu mereka tetap meneruskan ‘aktiviti’ merokok semasa waktu persekolahan.

Kata Bob, biasanya, ‘perokok-perokok remaja’ sudah mengenal pasti lokasi selamat di dalam kawasan sekolah untuk merokok.

Masanya ialah pada waktu rehat. Bagi perokok tegar, mereka boleh saja menghisap rokok pada bila-bila masa asalkan hajat melepaskan gian tercapai.

“Kita memang ‘kaki’ hisap rokok. Pantang ada masa terluang atau semasa rehat, mesti hisap rokok di tandas atau belakang setor sukan di tepi padang.

“Kalau kena tangkap biasanya akan dirotan saja. Bagaimana hendak suruh kita tidak merokok jika cikgu sendiri hisap rokok,” ujarnya.

Penulis mengambil keputusan untuk terus berada di sekitar kawasan sekolah pada waktu tengah hari.

Sekali lagi penulis terkejut apabila pelajar-pelajar tidak segan silu mengeluarkan kotak rokok dan menyalakan rokok sejurus keluar dari pagar sekolah.

Malah lebih menyedihkan, pemerhatian penulis mendapati ada antara peniaga di luar sekolah turut menjual rokok kepada pelajar-pelajar.

‘Kerjasama’ para peniaga menjual rokok kepada pelajar dilihat membantu gejala itu berkembang.

Para peniaga itu tidak memikirkan bahaya kepada remaja sebaliknya mementingkan untung semata-mata.

Tanpa tindakan atau penguatkuasaan yang tegas untuk menghentikan ketagihan merokok kalangan pelajar, ia akan terus menjadi budaya yang merosakkan golongan tersebut.

Jumlah perokok baru di kalangan pelajar akan bertambah selagi tanggapan merokok lambang kematangan tidak diperbetulkan.

Entry Filed under: Remaja. .


Kalendar

Februari 2009
A I S R K J S
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Papan Notis

Pengerusi dan J/K Pengurusan Surau Al-Mizan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri semoga kemenangan kita dalam tarbiyyah ramadhan membawa ketaqwaan kepada Allah s.w.t, InsyAllah.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

shafifah pada Asri Rabbani ‘pergi tak…
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
Nisfu Syaaban … pada Nisfu Syaaban dan fatwa t…
Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta