Dua ibu tunggal melacur sara anak
19 11 2008
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim (bhnews@bharian. com.my)
GOMBAK: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mendedahkan dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri bagi menyara anak mereka akibat kesempitan hidup selepas diceraikan kerana bekas suami gagal memberikan nafkah walaupun selepas diperintahkan mahkamah.
Lebih menyedihkan, mereka sanggup menerima bayaran ansuran termasuk daripada rakan sekerja yang melanggan mereka kerana pendapatan sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci tidak cukup untuk menyara anak mereka sejak menjadi ibu tunggal kira-kira tiga tahun lalu.
Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan diri secara sambilan selepas dua bulan diceraikan suami tiga tahun lalu.
“Seorang lagi ibu tunggal bekerja sebagai tukang cuci pula mengambil jalan sama menyara beberapa anaknya,” katanya selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.
Ibrahim yang juga Ketua Hakim Syarie, berkata Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM sedang mendapatkan maklumat lanjut kedua-dua wanita itu serta menyiasat bekas suami mereka.
“Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memberikan RM500,000 bagi tujuan ini. Jika Kabinet meluluskan dana ramai ibu tunggal boleh dibantu,” katanya.
Entry Filed under: Masyarakat. .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed