Archive for Oktober 2008

Mahkamah bebaskan Razak Baginda

 
Oct 31, 08 10:12am
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.razak baginda acquitted 311008 10Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006.

(lagi…)

Add comment 31 10 2008

7 Golongan Istimewa

Daripada Abu Hurairah (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda,

“Tujuh golongan akan mendapat Perlindungan Allah Taala di akhirat nanti di mana tiada perlindungan melainkan Perlindungan Allah Taala sahaja. Mereka ialah:

1. Pemerintah yang adil.

2. Seseorang yang sejak zaman kanak-kanak dan zaman mudanya sentiasa berbuat baik dan tidak pernah melanggar batasan-batasan Islam.

(lagi…)

Add comment 29 10 2008

KENAIKAN HARGA – APA PERANAN REMAJA?

 

minyak naik

Golongan rakyat yang akan merasa tekanan disebabkan kenaikan-kenaikan drastik ini pastinya mereka yang berpendapatan rendah. Mereka selama ini hidup dengan ‘cukup-cukup makan’ sahaja terpaksa berusaha mencari pendapatan lebih dan mengurangkan perbelanjaan harian untuk menangani isu ini. Mereka mungkin terpaksa berkerja sehingga lewat malam dan pada masa yang sama terpaksa mengikat perut untuk memastikan belanjawan keluarga berjalan lancar.

 

(lagi…)

Add comment 29 10 2008

Isu PKNS : Pemuda Hantar Bantahan, Minta Sultan Selangor Kaji Semula Pelantikan Khalid

 
Posted on Tuesday, October 28 @ 16:49:53 MYT

Oleh Kazman Kamal

Shah Alam — Pemuda UMNO Selangor akan menghantar satu bantahan rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung tindakannya melantik Low Siew Moi atau lebih dikenali sebagai Madam Low sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sambil menyifatkan tindakan terbaru Khalid itu sebagai keputusan terdesak, Ketuanya, YB Shukor Idrus berkata Menteri Besar itu juga tidak memahami sejarah penubuhan PKNS.

Selain tidak mengikut tradisi, beliau percaya tindakan itu dibuat kerana akur desakan DAP.

“Beliau kena baca sejarah PKNS. Jika dia tidak ada nama yang layak, kita sedia senaraikan nama orang Melayu yang bijak pandai yang mampu dan berkebolehan menjawat jawatan tersebut.

(lagi…)

Add comment 29 10 2008

Bolehkah puasa Qada dan Syawal digabungkan?

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) – Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : “…dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari).

(lagi…)

Add comment 29 10 2008

Minyak -> RM1.92 harga terbaik petrol- Pakar ekonomi

Dari Kelatekito

Pakar- pakar ekonomi berpendapat harga petrol sebaik- baiknya diturunkan ke harga asalnya iaitu RM1.92 seliter bagi merangsangkan ekonomi negara lebih- lebih lagi ketika harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, jangkaan harga petrol mungkin diturunkan sebanyak 15 sen seliter pada akhir bulan ini adalah terlalu sedikit.

(lagi…)

Add comment 29 10 2008

Kewajiban terhadap harta bukan sekadar berzakat

 

Apakah hikmat Allah SWT jadikan zakat sebagai satu daripada Rukun Islam di samping rukun yang lain. Satu daripada sebabnya menggesa manusia supaya faham, jika manusia menyayangi Allah SWT mereka mesti rela hati mengeluarkan sebahagian hartanya sebagai zakat. Iklan

Dengan meletakan hanya Allah yang Esa dalam hati, jadi tanda rasa kasih sayangnya yang mendalam. Kebetulan perkara yang disayangi manusia itu banyak, selain menyayangi Tuhan juga menyayangi keluarga dan harta kekayaan.

Oleh kerana Tuhan tahu manusia juga menyayangi harta, justeru manusia diuji dengan perintah mengeluarkan zakat.

(lagi…)

Add comment 29 10 2008


Kalendar

Oktober 2008
A I S R K J S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Papan Notis

Pengerusi dan J/K Pengurusan Surau Al-Mizan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri semoga kemenangan kita dalam tarbiyyah ramadhan membawa ketaqwaan kepada Allah s.w.t, InsyAllah.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

shafifah pada Asri Rabbani ‘pergi tak…
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
Nisfu Syaaban … pada Nisfu Syaaban dan fatwa t…
Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta