Puasa lawan nafsu, bangkit sifat sabar

06 09 2008

IBADAT puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim. Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.

Antaranya puasa membentuk kesabaran. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah separuh kesabaran.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Maksud hadis ini adalah puasa itu dapat melatih orang yang mengerjakannya dengan kesabaran. Misalnya, sabar melawan nafsu makan, minum, jimak, perasaan marah dan sabar daripada melakukan segala perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa.

Oleh itu, Rasulullah sentiasa menggesa sahabatnya memperbanyakkan puasa (termasuk puasa sunat) dan menjelaskan puasa itu tiada bandingan baginya.

Diriwayatkan daripada Abu Ummah katanya: “Aku datang bertemu Rasulullah dan aku berkata kepadanya: Suruhlah aku dengan satu perkara yang aku dapat ambil terus daripada engkau. Jawab Baginda: Hendaklah engkau berpuasa, sesungguhnya puasa itu tiada bandingan baginya.” (Riwayat al-Nasa’i)

Selain itu, puasa berperanan sebagai pengawal kepada orang yang berpuasa. Dengan itu orang yang berpuasa tidak boleh mengumpat, mencaci, memfitnah, mencuri, bergaduh, bertengkar dan sebagainya.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.”

Berdasarkan penjelasan Rasulullah ini, puasa itu dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.

Ada pelbagai pendapat ulama dalam menjelaskan maksud ’puasa itu perisai’. Ada yang mengatakan puasa itu menjaga orang yang berpuasa daripada segala syahwat yang boleh merosakkannya. Ada pula yang berpendapat puasa sebagai pelindung daripada segala dosa atau api neraka atau kedua-duanya.

Entry Filed under: Agama. .


Kalendar

September 2008
A I S R K J S
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Papan Notis

Kem Remaja Muslim akan diadakan pada 5 hingga 7 Jun 2009 bertempat di Amberstone Eco Resort Ulu Yam. Penyertaan dibuka sekarang, tempat terhad.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…
helplineenterprise pada Darah tinggi: Pembunuh Se…
Affuan pada Lepas Yuran Tandas, Yuran tual…
Affuan pada Dulu penyanyi nasyid, sekarang…
deq1 pada Lagi Kisah BABI-Babi Rasaksa d…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta