Archive for 6 Ogos 2008

Lebih baik menderma daripada beli rokok – MB

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) – Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma. Iklan

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

“Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.

“Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang,” ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

“Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat,” katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.

“Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri,” ujarnya. – mj

(lagi…)

Add comment 06 08 2008

Pengawal keselamatan usia 55 tahun lulus sarjana

 

 

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Semangat tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa membuahkan kejayaan kepada seorang pengawal keselamatan berusia 55 tahun apabila beliau memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Malaya (UM) hari ini.

Biarpun mengalami pelbagai rintangan sepanjang enam tahun tempoh pengajian dalam bidang sejarah, pengawal keselamatan berkenaan, Lim Kim Peu (gambar), akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya.

Pagi ini, Kim Peu menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini.

(lagi…)

Add comment 06 08 2008


Kalendar

Ogos 2008
A I S R K J S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Papan Notis

Pengerusi dan J/K Pengurusan Surau Al-Mizan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri semoga kemenangan kita dalam tarbiyyah ramadhan membawa ketaqwaan kepada Allah s.w.t, InsyAllah.

Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Top Posts

Komen Terkini

shafifah pada Asri Rabbani ‘pergi tak…
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
shafifah pada Zakat kepada orang kafir
Nisfu Syaaban … pada Nisfu Syaaban dan fatwa t…
Gelembai pada Shukrey Hashim sudah tiad…

Arkib

a

Artikel Terkini

Hiperangkai

Blog Stats

test

Mukasurat

Meta