 |
|
TANGKAS… Tonggak Chelsea, Nicolas Anelka (dua dari kiri) melepasi halangan tiga pemain Malaysia dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Shah Alam, Selangor, malam tadi. Chelsea menang 2-0 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Ashley Cole dalam perlawanan yang menghiburkan.
|
SHAH ALAM 29 Julai – Skuad bola sepak Liga Perdana England, Chelsea sekadar mencatat kemenangan tipis 2-0 ke atas Malaysia dalam perlawanan persahabatan yang menghiburkan di Stadium Shah Alam, malam ini.
Chelsea yang dibarisi pemain terkemuka dunia memperoleh gol menerusi Nicolas Anelka dan Ashley Cole pada minit ke-28 dan ke-53.
Ia merupakan kemenangan paling tipis dicatat oleh kelab itu selepas tiga perlawanan persahabatan sepanjang Siri Jelajah Asia 2008.
Minggu lalu, Chelsea membelasah kelab profesional China, Pharmaceutical Guangzhou 4-0 dan Chengdu Blade 7-0 di negara tersebut.
(lagi…)
30 07 2008
Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my
KOTA BHARU: “Orang Kena Saman (OKS) beritahu saya, dia pelajar pondok dan pada pemahaman saya dia masih lagi seorang pelajar,” kata seorang anggota polis dalam perbicaraan terhadap seorang pelajar pondok berserban yang didakwa melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Saksi pendakwa yang bertugas sebagai anggota Unit Peronda, Konstabel Che Sidek Omar Mat Hassan, berkata pelajar terbabit ketika ditahan memberitahu statusnya sebagai pelajar pondok, maka tindakan saman boleh diambil kerana pelajar terbabit belum layak dianggap lebai kerana masih belajar.
(lagi…)
02 07 2008