DUBAI: Badan Pemantau mengenai Islamofobia Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) menyatakan kecewa dan kesal terhadap keputusan sebuah mahkamah Denmark bahawa penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad oleh akhbar JyllandsPosten di Denmark pada 2005 tidak salah di bawah undang-undang negara itu atas alasan tindakan ganas dilakukan atas nama Islam.
Archive for Jun 2008
Rahsia Tauge
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Add comment 26 06 2008
OIC kesal keputusan mahkamah Denmark tentang karikatur
Add comment 25 06 2008
Biar miskin harta jangan miskin jiwa
Oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis
Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan. Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia. Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa. (lagi…)
Add comment 16 06 2008
Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Add comment 16 06 2008
Remaja Iraq dinobat Ratu Tudung
COPENHAGEN 11 Jun – Seorang pelajar Iraq, Huda Falah yang menimbulkan kontroversi kerana memakai tudung baru-baru ini dinobatkan sebagai Miss Headscarf Denmark 2008.
Badan Penyiar rasmi Denmark, DR yang menganjurkan pertandingan itu mengumumkan bahawa remaja Islam tersebut dipilih daripada 46 calon yang menyertai pertandingan yang mencetuskan kontroversi itu.
Add comment 16 06 2008