Anak kucing batu disangka harimau


 KUALA NERANG: Seorang pengusaha stesen minyak, Zahir Saad, 35, dari Kampung Apil dekat sini, terkejut apabila didatangi seorang pelanggan dan menyerahkan dua ekor haiwan yang dikatakan anak harimau yang masih kecil, semalam.Zahir berkata, lelaki itu mendakwa anak harimau berkenaan ditemui dalam lubang pokok balak ketika mencari kayu di hutan Padang Sanai, petang kelmarin.

“Lelaki itu bimbang akan dikenakan tindakan dan meminta pandangan saya kerana mahu memeliharanya.

“Saya kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memaklumkan mengenainya yang menghantarnya pegawainya untuk diperiksa,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhilitan, Mohd Zabani Ariffin, ketika ditemui berkata, haiwan berkenaan bukan harimau, tetapi kucing batu.

“Haiwan ini dilindungi sepenuhnya dan orang ramai tidak dibenarkan memeliharanya malah mereka boleh didakwa sekiranya didapati memiliki haiwan itu.
“Haiwan ini juga adalah dari keluarga harimau dan apabila dewasa saiznya sama seperti kucing biasa, tetapi agak agresif serta boleh dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua anak haiwan itu yang berusia kira-kira seminggu adalah betina dan jarang ditemui dalam hutan biasa kerana spesis itu semakin berkurangan.

About these ads
This entry was posted in Masyarakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s