Oleh ZUARIDA MOHYIN
 |
|
INILAH beberapa produk sabun keluaran Awana Maju Jaya Enterprise yang diusahakan Muhammad Firdaus Abdullah Teh.
|
MENGIKUT bapa berpindah dari Sungai Buloh, Selangor ke negeri Cik Siti Wan Kembang kira-kira 46 tahun lalu meskipun berat diterima Teh Thean Seng kerana memikirkan terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran baru, namun rupa-rupanya ada hikmah di sebalik itu.
Apa tidaknya, pada usia 10 tahun, Thean Seng sudah tidak kekok bergaul mesra dengan masyarakat Melayu yang sebelum ini tidak pernah beliau jangkakan. Malah apabila usianya meningkat dewasa pemahamannya dengan adat budaya dan amalan ritual masyarakat Islam bukanlah sesuatu yang pelik ataupun menakutkan.
(lagi…)
31 01 2008
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
 |
|
APA yang dilakukan oleh anak-anak muda ini wajar dicontohi oleh para remaja yang lain.
|
UNDANGAN ke satu majlis kesyukuran meraikan hari ulang tahun seorang teman petang Jumaat lalu, memang ringkas dan sederhana. Pun begitu, dalam majlis yang berlangsung di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur, penulis mahu berkongsi tentang kumpulan Yasin yang diundang tuan rumahnya, Munir Yahya.
Lazimnya, kumpulan sebegini terdiri daripada mereka yang sudah berusia, namun pada majlis itu bacaan Yasin telah dikendalikan oleh seramai 12 orang anak muda berumur antara 16 hingga 25 tahun.
(lagi…)
30 01 2008
Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
 |
|
MODEL hotel wakaf pertama bernilai RM20 juta yang akan dibina di Kuala Terengganu.
|
Sektor pelancongan merupakan salah satu industri yang kian berkembang pesat dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan negara menerusi industri itu.
Para pelancong pastinya akan mencari hotel-hotel yang sesuai sebagai tempat penginapan mereka sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Perkembangan itu secara tidak langsung menyaksikan kewujudan hotel-hotel baru bagi menampung jumlah permintaan penginapan bagi pelancong tempatan dan asing.
(lagi…)
30 01 2008
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.
(lagi…)
24 01 2008