Dihukum Penjara 2 Minggu Hina Rasulullah S.A.W

Seorang rakyat Singapura, Andrew Kiong Khen Kiat, 44, telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu atas kesalahan menghina agama lain.

Andrew Kiong Khen Kiat ditahan oleh pasukan keselamatan Singapura apabila didapati menampalkan sebuah poster menghina Nabi Muhammad s.a.w pada cermin depan kereta milik sepasang suami isteri beragama Islam di kawasan letak kereta di sekitar apartment mereka.

Berdasarkan laporan akhbar The Strait Times, kejadian tersebut berlaku pada 2 Februari 2009 dan mahkamah telah membuat keputusan mengenai kesalahan itu pada 30 Julai lalu.

Kejadian itu bermula apabila Halinah Barudin dan suaminya Haji Mohamad Dahar Dollah melihat sebuah poster yang menghina Rasulullah diletakkan di cermin depan kereta mereka. Bagi mendapatkan kesahihan pelakunya, pemilik kereta tersebut memohon pihak pengurusan apartment mereka menyiasat melalui rakaman kamera tertutup. Dari paparan tersebut. Identiti Andrew Kiong dikenalpasti dan pasangan tersebutnya akhirnya membuat laporan polis.

Di hadapan polis, semasa disoalsiasat, Andrew Kiong telah membuat pengakuan bahawa beliau mempunuai 16 keping poster yang membawa mesej menghina Nabi Muhamad dan menampalkan sebanyak 8 keping poster di cermin depan 8 kereta kepunyaan pasangan Islam. Poster selebihnya kemudian dibuang.

Andrew tidak menjangkakan bahawa perbuatannya itu telah dirakam oleh lensa kamera tertutup yang dipasang di sekitar kawasan meletakkan kenderaan dan walaupun proses perbicaraan tersebut mengambil masa yang lama, akhirnya beliau akur dengan keputusan yang menghantarkannya ke penjara selama dua minggu.


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah ‘aqil baligh dan ketiadaan uzur syar’i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain. Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: “Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Gotong Royong Pembersihan Surau Sempena Menyambut Ramadan

Sempena menyambut Ramadan Al Mubarak, pihak jawatankuasa surau Al-Mizan KKKA Jalan Dutamas akan mengadakan satu majlis gotong royong membersihkan surau dan kawasan sekitarnya pada 8hb Ogos 2010 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi.
Sehubungan dengan itu, dijemput semua warga KKKA Jalan Duta untuk menghadiri majlis tersebut.


MOHON HAJAT

LEBIH 8,000 umat Islam menyertai solat hajat perdana anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Masjid Negara di Kuala Lumpur kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai solat hajat itu sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Negara.

Naib Presiden PKPIM, Hasnul Hanif Harun berkata, solat hajat itu untuk mendoakan kesejahteraan saudara Islam di Padang, Indonesia yang dilanda gempa bumi pada 30 September lalu.

Menurutnya, PKPIM juga menjadikan tiga kampung di Padang, Sumatera Barat, Indonesia sebagai kampung angkat bagi membantu meringankan beban penduduk di situ.

Tiga kampung itu adalah Kampung Durian Pulut-pulut, Kampung Kerambia dan Kampung Batu Nanggai.

Sementara itu, sebanyak RM2,100 berjaya dikutip hasil sumbangan jemaah solat Jumaat untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi terbabit.

n PARA jemaah mengaminkan doa kesejahteraan untuk umat Islam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia yang dilanda gempa bumi selepas solat hajat perdana di Masjid Negara, Kuala Lumpur, kelmarin.

Continue reading


Mayat baca Yasin

“Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la…. tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Continue reading


15 terbunuh ditembak ketika solat Jumaat

17/10/2009 3:03am

 

BAGHDAD 17 Okt. – Seorang pengebom berani mati bertindak melepaskan tembakan ke arah para jemaah yang sedang mengerjakan solat Jumaat di sebuah masjid di utara Iraq semalam sebelum meletupkan dirinya dan menyebabkan 15 orang terbunuh.

Mangsa yang terbunuh termasuklah ulama Sunni, Abdul-Satar Hassan iaitu anggota parti politik terbesar Sunni yang mengetuai solat Jumaat tersebut di masjid di Tal Afar.

Menurut polis, lelaki itu meletupkan dirinya selepas senjata AK-47 yang digunakannya kehabisan peluru.

Seramai 95 orang turut dilaporkan cedera dalam serangan itu, kata doktor di Hospital Tal Afar, Ismail Majeed. – AP

Continue reading


Khatam Quran pada usia emas

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

 


 

SELEPAS lebih enam tahun mendalami serta mempelajari cara membaca al-Quran dengan tajwid, lebih 50 peserta termasuk wanita dan kanak-kanak berkhatam beramai-ramai di Surau Ittihadiah Kampung Jawa di Bayan Baru, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Lebih manis lagi, mereka yang rata-rata adalah golongan warga emas berusia dalam lingkungan 55 hingga 62 tahun. Peserta termuda pula berusia 12 tahun.

Mereka diraikan dalam satu majlis khas dan dijamu dengan gulai daging batang pisang dimasak oleh penduduk kawasan itu.

Continue reading


Hukum Program Derma Wang Pos

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN : Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima ‘di atas’ kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 daripada ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yang diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

 Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan. Ia juga adakalanya dinamakan sebagai ta’awun atau tolong menolong.

Continue reading


Durian berbuah di pangkal

Durian ajaib Durian ajaib 

 

Bookmark and Share

Continue reading


Mati kempunan , tak sempat joli RM1j

SERI KEMBANGAN: Hampir sebulan menjadi buruan polis, dua ahli kumpulan perompak bersiri Geng Hong Leong yang amat dikehendaki polis akhirnya tersungkur mati selepas ditembak lebih 30 das peluru, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, polis terpaksa menembak mati seorang daripada dua penjenayah terbabit di Taman Equine di sini, selepas suspek enggan menyerah diri.

 Sumber polis berkata, kedua-dua penjenayah terbabit sebelum ini dikesan sebagai dalang utama tiga kes rompakan bank bersenjata api membabitkan jumlah rompakan mencecah hampir RM1 juta.

Continue reading


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.